Tuesday, October 17, 2017

Indahnya negeri tranung...

Tempat Menarik Di Terengganu, Ramai dok Tahu pom weyh!



Rata-rata yang datang tidak akan melepaskan peluang berehat di pulau, tasik dan pantai sekitar Terengganu. Namun tahukah anda, selain tempat-tempat berkenaan, Terengganu juga mempunyai tempat warisan  sejarah, seni binaan lama, peranginan, gunung yang boleh diterokai dan bermacam-macam aktiviti yang boleh meluaskan pengalaman dan menambah keseronokan percutian.
Apa lagi, jom kita kenali tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati ini.




 1)Muzium Negeri, Kuala Terengganu


Image result for muzium terengganu

Melihat seni binaannya dari jauh, pasti ramai menyangka bangunan yang tersergam indah ini adalah Istana Terengganu. Namun, bangunan besar yang terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong adalah kompleks menyimpan artifak dan hasil seni warisan negeri sejak berkurun lamanya.
Di sini jugalah tersimpannya batu bersurat yang pertama dijumpai di Terengganu. Muzium ini terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 rumah tradisional, taman botani dan herba serta galeri-galeri yang mempamerkan sejarah, alat kebesaran diraja, seni Islam, senjata lama dan tekstil.
Sememangnya Terengganu kaya dengan tempat yang menarik dan unik. Rugi rasanya jika tidak meneroka ke tempat-tempat ini.



 2)Sungai Bangang, Dungun


Tempat menarik di Terengganu

Sungai Bangang masih lagi terletak dalam kawasan Hutan Lipur Cemerong.
Menurut Kosmo, jalan untuk sampai ke sini adalah melalui laluan jalan pintas menuju ke Kem Balak. Di laluan ini, tidak lagi melalui puncak Gunung Berembun, Taman Bonsai, Berembun Kecil dan Kem Y. Sejam berjalan, mungkin sudah mula menuruni lembah dan mula menyeberangi sebatang sungai yang dinamakan Sungai Bangang.


Tempat menarik di Terengganu

Seperti gambar-gambar yang dikongsikan di Facebook oleh Rizal Hakimm, ternyata Sungai Bangang ini sungguh jernih!



3)Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu






Dataran Shahbandar terletak berhampiran dengan Pasar Payang, Bukit Puteri dan Bazar Warisan. Setelah penat membeli belah anda semua bolehlah datang ke sini untuk berehat bersama keluarga tidak kira samada siang atau pun malam. Sambil berehat dan melapangkan fikiran anda boleh menikmati keindahan sungai Terengganu yang penuh dengan bot-bot dan perahu-perahu dengan angin yang bersepoi-sepoi.



Memang enak menjamu selera sambil merasai hembusan angin malam di Dataran Shahbandar yang terletak berdekatan muara sungai Terengganu.Ditambah landskap menghijau dan persekitaran jeti membuatkan pengunjung terbuai dengan keindahan di depan mata. Gerai-gerai yang menyediakan aneka hidangan enak dibuka pada pukul 6 petang dan berlanjutan hingga tengah malam.Jika di bulan puasa, ia menjadi lokasi bazar Ramadhan dan kawasan berumput pula menjadi tempat penduduk berbuka puasa secara santai.

4)Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu


Tempat menarik di Terengganu

Satu-satunya taman tema bercirikan Islam yang pertama seumpamanya di dunia.  Kawasan seluas 10 hektar ini menempatkan 22 replika monumen dengan seni bina Islam dari 21 negara antaranya Masjid Nabawi, Arab Saudi, Kubah As Sakhra, Palestin, Tugu Kompleks Suleyman, Turki, Menara Kalyan, Uzbekistan, Masjidil Haram dan banyak lagi.


Berkonsepkan Edutainment Park, ia secara tidak langsung memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai sejarah pembinaan monumen-monumen ini melalui tayangan video, gambar dan kuiz interaktif. Bayaran sebanyak RM21.20 (dewasa) dan RM15.90 dikenakan pada kanak-kanak serta warga emas.
Untuk memudahkan pergerakan pengunjung melawat dari satu monumen ke monumen lain, pihak taman turut menyediakan trem dan sewaan basikal serta buggy.

5)Chinatown, Kuala Terengganu

Tempat menarik di Terengganu

Bagi yang pernah ke Lebuh Armenia, Pulau Pinang dan Art of Old Town, Ipoh , wajib singgah ke Jalan Kampung Cina. Langkah anda pasti berhenti di setiap lorong di celah-celah deretan bangunan kedai-kedai lama kerana terpegun dengan lukisan mural berwarna-warni malah ada yang punya ceritanya sendiri.
Lorong Warisan Dunia misalnya memaparkan mercu tanda dunia yang terkenal seperti Taj Mahal manakala ruang udara di Payung Lane pula dihiasi dengan susunan payung beraneka warna dan di dinding Lorong Kenangan pula tergantung plak-plak tokoh masyarakat Cina yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri.Asyik berjalan dan mengambil gambar, tanpa sedar anda sudah pun berada di kawasan Pasar Payang






6)Qimi Chalet, Pulau Kapas

Qimi Chalet terletak di Pulau Kapas yang merupakan antara chalet yang menjadi tumpuan para pelancong untuk menginap. Dengan menawarkan pelbagai pakej penginapan disamping pemandangan laut yang cukup memukau dan mengagumkan pasti memberi 1000 makna kepada anda yang datang berkunjung ke sini.



                        


Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk para pelancong ialah :-

- snorkelling
- scuba driving
- jungle tracking
- mengelilingi pulau dengan perkhidmatan bot
- kayak dan pelbagai lagi



Terdapat juga restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan serta tempat berehat untuk bersantai sambil menghirup udara segar



Untuk merasai kenikmatan berada di Pulau Kapas, apakata anda memilih Qimi Chalet sebagai lokasi penginapan anda sekeluarga. Pasti menjanjikan saat-saat manis dan sukar dilupakan. Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari laman web  Qimi Chalet

7)Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu


Tempat menarik di Terengganu

Bagaimana rasanya jika dikerumuni ribuan ikan? Panik? Teruja? Alaminya sendiri di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Sebaik sahaja berada dalam sungai, ribuan ikan kelah bagaikan menanti kedatangan anda dan terus mengerumuni anda.


Foto Kredit: teganuku.blogspot.com http://teganukita.my/ribuan-kelah-jinak-di-sungai-petang/


Memang gerun awalnya melihat sekumpulan ikan yang banyak datang menyerbu namun perasaan itu akan bertukar menjadi seronok apabila anda boleh memegang ikan-ikan yang jinak ini sambil memberi makan. Malah dek keterujaan ada yang sanggup mencium ikan-ikan ini!



Haaaa..menarik kan negeri Terengganu..hehehe...apa lagi jom la visit TRANUNG !!!

Monday, October 16, 2017

LAHIRNYA NEGERI TERCINTA~~


Sejarah Terengganu


Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam diTanjung BaruKuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan kePulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).
Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (17461760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.
Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.
Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (18761881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (19181920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).
Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokanatau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.
Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.


Uniknya Bahasa Terengganu...










SLANG TERENGGANU

Slang Terengganu - Perkataan yang digunakan oleh semua penutur Bahasa Melayu tetapi bunyinya berubah atau diubah apabila disebut oleh penutur Terengganu


Beberapa ciri slang Terengganu dikenal pasti dan disenaraikan seperti berikut :



a. Menghapuskan huruf "H" di hadapan dan memulakan dengan huruf vokal selepasnya. Maknanya masih kekal dengan perkataan asal.


Contoh :

  • hapus - apuh 
  • hantar - atar/ator 
  • hampas - apah
  • hidup - idup
  • hijau - ija
  • huduh - udoh
  • harap - arap
  • hitam - itang 
  • hancur - acur
  • hinggap - inggap


b. Membuang meringankan "n", "m" atau "ng" pada sukukata awal dan tengah, tetapi huruf berkenaan biasanya dikekalkan jika perkataan itu dimulakan dengan vokal.

Contoh perkataan dimulakan dengan konsonan



  • hampas - apas/apah 
  • pangkat - pakat 
  • contoh - cotoh 
  • kampung - kapung 
  • pandai - pandai "n"diringankan                  
  • rentung - retung 
  • sangkut - sakut 
  • ponteng - poteng 
  • pantai - pata 


Contoh perkataan dimulakan dengan vokal 

  • angkat - akat "ng" dibuang 
  • angpau - angpau ng dikekalkan 
  • ombak - ombok 
  • undur - undur 
  • umpan - upan 


Sebenarnya banyak lagi slang atau dialek terengganu ...ini serba sedikit dapat saya simpulkan..Jom kita layan lagu bertajuk "MOK" dari syed naquib dan fahamkan dialek yang diguna kan ....hehehe

LINK : https://www.youtube.com/watch?v=5UzuBV8SE78


TERENGGANU TERCINTA

                                                                                                                                                                                                TRANUNG ni boh!!! haha...Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera ...Terlebih dahulu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA    saya mampu mecorek serba sedikit keistimewaan  negeri kelahiran saya. Semoga coretan dari saya mampu kamu semua tertarik dengan negeri terengganu yang tercinta..hehe..selamat membaca semua  :)...

Bohh..Banyok nok royak pasal tranung ning..mule mule nk kenal diri serba sedikit
aku berasal dari ganu. anok ganu pure nih;). mok ayoh aku pun orang ganu gok. hurmmm saje je buat blog ni. buleh ah aku ajor loghat ganu sining kang. hehehe mane tahu ade hok bakal jadi orang ganu tuh, bleh ar blajo loghat ganu sikit sikit dari blog aku nih;)

okaylah, untuk first entri ni, malah ah aku nok tulih panjang panjang, mular la neh. ;)


Indahnya negeri tranung...

Tempat Menarik Di Terengganu, Ramai dok Tahu pom weyh! Rata-rata yang datang tidak akan melepaskan peluang berehat di pulau, tasik d...