Tempat Menarik Di Terengganu, Ramai dok Tahu pom weyh!
Rata-rata yang datang tidak akan melepaskan peluang berehat di pulau, tasik dan pantai sekitar Terengganu. Namun tahukah anda, selain tempat-tempat berkenaan, Terengganu juga mempunyai tempat warisan sejarah, seni binaan lama, peranginan, gunung yang boleh diterokai dan bermacam-macam aktiviti yang boleh meluaskan pengalaman dan menambah keseronokan percutian.
Apa lagi, jom kita kenali tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati ini.1)Muzium Negeri, Kuala Terengganu
Melihat seni binaannya dari jauh, pasti ramai menyangka bangunan yang tersergam indah ini adalah Istana Terengganu. Namun, bangunan besar yang terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong adalah kompleks menyimpan artifak dan hasil seni warisan negeri sejak berkurun lamanya.
Di sini jugalah tersimpannya batu bersurat yang pertama dijumpai di Terengganu. Muzium ini terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 rumah tradisional, taman botani dan herba serta galeri-galeri yang mempamerkan sejarah, alat kebesaran diraja, seni Islam, senjata lama dan tekstil.
Sememangnya Terengganu kaya dengan tempat yang menarik dan unik. Rugi rasanya jika tidak meneroka ke tempat-tempat ini.
2)Sungai Bangang, Dungun

Sungai Bangang masih lagi terletak dalam kawasan Hutan Lipur Cemerong.
Menurut Kosmo, jalan untuk sampai ke sini adalah melalui laluan jalan pintas menuju ke Kem Balak. Di laluan ini, tidak lagi melalui puncak Gunung Berembun, Taman Bonsai, Berembun Kecil dan Kem Y. Sejam berjalan, mungkin sudah mula menuruni lembah dan mula menyeberangi sebatang sungai yang dinamakan Sungai Bangang.

Seperti gambar-gambar yang dikongsikan di Facebook oleh Rizal Hakimm, ternyata Sungai Bangang ini sungguh jernih!
3)Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
Dataran Shahbandar terletak berhampiran dengan Pasar Payang, Bukit Puteri dan Bazar Warisan. Setelah penat membeli belah anda semua bolehlah datang ke sini untuk berehat bersama keluarga tidak kira samada siang atau pun malam. Sambil berehat dan melapangkan fikiran anda boleh menikmati keindahan sungai Terengganu yang penuh dengan bot-bot dan perahu-perahu dengan angin yang bersepoi-sepoi.
Memang enak menjamu selera sambil merasai hembusan angin malam di Dataran Shahbandar yang terletak berdekatan muara sungai Terengganu.Ditambah landskap menghijau dan persekitaran jeti membuatkan pengunjung terbuai dengan keindahan di depan mata. Gerai-gerai yang menyediakan aneka hidangan enak dibuka pada pukul 6 petang dan berlanjutan hingga tengah malam.Jika di bulan puasa, ia menjadi lokasi bazar Ramadhan dan kawasan berumput pula menjadi tempat penduduk berbuka puasa secara santai.
4)Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Berkonsepkan Edutainment Park, ia secara tidak langsung memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai sejarah pembinaan monumen-monumen ini melalui tayangan video, gambar dan kuiz interaktif. Bayaran sebanyak RM21.20 (dewasa) dan RM15.90 dikenakan pada kanak-kanak serta warga emas.
Untuk memudahkan pergerakan pengunjung melawat dari satu monumen ke monumen lain, pihak taman turut menyediakan trem dan sewaan basikal serta buggy.
5)Chinatown, Kuala Terengganu

Lorong Warisan Dunia misalnya memaparkan mercu tanda dunia yang terkenal seperti Taj Mahal manakala ruang udara di Payung Lane pula dihiasi dengan susunan payung beraneka warna dan di dinding Lorong Kenangan pula tergantung plak-plak tokoh masyarakat Cina yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri.Asyik berjalan dan mengambil gambar, tanpa sedar anda sudah pun berada di kawasan Pasar Payang

6)Qimi Chalet, Pulau Kapas
Qimi Chalet terletak di Pulau Kapas yang merupakan antara chalet yang menjadi tumpuan para pelancong untuk menginap. Dengan menawarkan pelbagai pakej penginapan disamping pemandangan laut yang cukup memukau dan mengagumkan pasti memberi 1000 makna kepada anda yang datang berkunjung ke sini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk para pelancong ialah :-
- snorkelling
- scuba driving
- jungle tracking
- mengelilingi pulau dengan perkhidmatan bot
- kayak dan pelbagai lagi
Terdapat juga restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan serta tempat berehat untuk bersantai sambil menghirup udara segar
Untuk merasai kenikmatan berada di Pulau Kapas, apakata anda memilih Qimi Chalet sebagai lokasi penginapan anda sekeluarga. Pasti menjanjikan saat-saat manis dan sukar dilupakan. Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari laman web Qimi Chalet
7)Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

Bagaimana rasanya jika dikerumuni ribuan ikan? Panik? Teruja? Alaminya sendiri di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Sebaik sahaja berada dalam sungai, ribuan ikan kelah bagaikan menanti kedatangan anda dan terus mengerumuni anda.

Memang gerun awalnya melihat sekumpulan ikan yang banyak datang menyerbu namun perasaan itu akan bertukar menjadi seronok apabila anda boleh memegang ikan-ikan yang jinak ini sambil memberi makan. Malah dek keterujaan ada yang sanggup mencium ikan-ikan ini!
Haaaa..menarik kan negeri Terengganu..hehehe...apa lagi jom la visit TRANUNG !!!
No comments:
Post a Comment